Sunday, April 10, 2011

EEH,ADE CLASS EYH? EEH, TADE CLASS EYH?

Hai awak suma arini sy tade class tau. huhu. sukanyer sy!! cam lanciu je kan... Gua arini punyalah semangat nk pegi class arini Isnin, subjek faveret gua Tamadun Islam. Dengan bangun awal menandakan sifat kerajinan gua mula terbentuk secara spontan,gua lantas pegi mandi bercebok-cebok membuangkan segala kotoran busuk busuk dan badi yg melekat kat dri ini. Siap je mandi gua terus amik baju faveret gua yg gua da set untuk pakai ari Isnin, dgn kebauan kewangian besertakan kesegaran yang teramat gua berasa bersemangat untuk ke kolej kerana semangat gua jarang sekali muncul semenjak dua menjak ni. Lalu gua menyestartkan enjin moto gua, kedengaran bunyi kenderaan pacuan 4stroke gua bergegar-gegar kaburetor sprti mahu tercabut. Lalu gua membawa moto gua menghirup secawan minyak petrol di restoran PETRONAS. Dgn berbekalkan RM10 gua memayung moto gua dgn RM3 secawan minyak petrol tarik. Gua terus membawa haluan gua ke kolej, lalu gua memulas throttle serilex yg mungkin kerana gua keluar awal pegi kolej arini, jadi tade benda yang perlu digelabahkan. Sampai je kt kolej gua carik port belakang tempat biasa gua parking moto. Naluri gua berdenyut-denyut mengatakan sesuatu yg bangang akan berlaku, gua mengendahkan tanpa mengambil kira apa yg akan berlaku. Tapi gua da syak sesuatu, coz moto member gua sarjan dengan bob tidak kelihatan di tempat parking  biasa. Gua masih mengabaikan lagi mengenai itu, lalu gua naik class di tingkat 4, secara automatik perasaan bangang semakin membangangkan suasana perjalanan gua ke dalam class. Dalam kiraan 1 2 3 gua sampai diluar class & gua usha tade satu pon kelibat makhluk bermulut & berhidung di dalam class. Ok, dgn konpemnyer gua da terkena bangang yg teramat bangang! Lalu gua text member gua rorol gua tanye beliau "weyh, rorol pagi ni ade class x?" dgn lemah lembik beliau menjawab, "arini tade class ar man, class IMA dgn VB je ade. Ok, aku ckp thx kt dia sbb btau, dalam hati aku sistem carutan aku mula berfungsi ABCDEFGHIJKLM.... berangin ketiak gua bhai mengenangkan kebodohan diri ini. Sekali lagi episod lupa gua bersambung-sambung yg menyebabkan sepangkat bangang dilekatkan dibahu gua belah kiri... Gua amik motor gua kt tmpat parking gua bawak lelaju, sampai umah gua terus online smbil gua luahkan ari ari gua yang hampeh sekali lagi! Gua telah membazirkan biskut tidur gua pada waktu pagi, cislakes!! kalo gua tahu gua da manfaatkan waktu tdo gua selama bape jam!! Bak kate pepatah biar bangang sekali, jangan berbangang-bangang! salam malang dari gua!

0 comments: